ASSALAMUALAIKUM....
kePeNataN.... tu yang dapat saya gambarkan setelah 6 hari menjalankan tugas di JAKIM.. hari isnin hingga rabu balik rumah jam 1 PAGI... ini kerana pada waktu saya masuk tu, mereka sedang sibuk dengan ANUGERAH MEDIA ISLAM NEGARA (AMIN)... tp seronok sebab ramai artis dtg... dpt jumpa Nora, Aishah, Far-East, Wardina, ramai lagi la.. ok la baru joint tapi dah ada keje kan... staf2 kat situ baik.. ramai yang sudi membantu pelajar praktikal seperti saya.. dalam tempoh 6 hari ni, banyak perkara saya belajar tentang penyiaran... terima kasih banyak2 buat penerbit sy, Hj Murad, dan yang lain seperti kak San, Kak Wan, Kak Diana, Kak Su, Kak Zai, Kak Ros, Kak Adik, Kak Liza dan yang lain... jangan jemu untuk membantu saya ye... pic tak sempat nak ambik la... tgk je la mana yang ada ni... tu pun ambik dari staff yang lain.. hehe... sampai ketemu lagi... Salam...
Sunday, October 11, 2009
Thursday, October 1, 2009
BIRTHDAY PRESENT...
Semalam sempat gak saya ke kedai buku untuk mencari hadiah untuk anak saudara dan sepupu yang akan menyambut hari lahirnya pada Sabtu ini... hampir TIGA JAM saya di dalam kedai tersebut... ni hasilnya..
DEKO IDAMAN, OPEN HOUSE...
Assalamualaikum... ni nak cerita psl open house lagi... hari selasa 29/9, saya gi open house rumah member saya punya member (faham2 sendiri) kat Klang.. jauh betul rumah dia... bape jam ntah.. dah la kesesatan.. eeee tension je... tp dah sampai tu ok la sebab dah dapat makan.. haha.. yang bestnya rumah dia ni penah masuk tv... masuk rancangan DEKO IDAMAN tv3 tu.. dia ubahsuai bilik tidur utama... ni antara pic yg sempat saya capture..
ni katil yang diorang dapat..
hiasan dalaman...
ni anak tuan rumah... Adif Daniel...
Untuk pengetahuan semua, barangan tersebut tidak boleh diubah selama SATU TAHUN walaupun semua tu dah jadi hak milik kekal.. nanti org2 tv3 dtg check.. bahaya btl... tapi takpe la, dah jadi kepunyaan kita kan.. bape ribu la sume tu... tuah badan.. gambar tuan rumah tak sempat nak capture... kebizian menyambut tetamu... taun dpn invite kami lagi ye... thanks... salam...
Tuesday, September 29, 2009
rUmAh atau dEwaN TERBUKA
Assalamualaikum... seronok rasanya raya ni... dpt mkn sedap-sedap... minggu lps saya dan family sempat menghadiri rumah terbuka atau dewan terbuka yang diadakan oleh YB Dato' Seri Khaled Nordin (Dato' K) hehe... beliau adalah MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA & AHLI PARLIMEN PASIR GUDANG...
dari kiri: si kecil Husna, Iman, me, Fifa, Mira, Farhana, Nabila, Fazira...
(my sis ambil gambar)
(my sis ambil gambar)
Tengah khusyuk mkn, tiba-tiba muncul MUFTI JOHOR, Dato' Noh Gadut... sempat la juga berposing dengan beliau sebelum pulang...
p/s: maaf gambar kurang elok kerana cameraman kurang terlatih...

Masa nak balik tu Dato' K pun sampai... kami satu family ambik kesempatan utk bergambar bersama beliau sebagai kenangan.. bukan senang nak dapat jumpa... hehe

saya dan kak zura sempat bergambar bersama beliau...
masa dah keluar dewan tu, ternampak pula yang ni... ape lagi, terus posing... 
kanak-kanak 12 tahun ke bawah dapat duit raya.. seronok la mereka ye... Alhamdulillah kenyang perotku... terima kasih banyak2 pada mereka yang buat rumah terbuka dan menjemputku. hehe.. salam...
kanak-kanak 12 tahun ke bawah dapat duit raya.. seronok la mereka ye... Alhamdulillah kenyang perotku... terima kasih banyak2 pada mereka yang buat rumah terbuka dan menjemputku. hehe.. salam...
Saturday, September 26, 2009

Assalamualaikum... SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN... ari ni dah masuk hari ke 7 kita berhari raya... minggu dpn saya dah memulakan 1 cabaran baru dlm hidup iaitu praktikal... takut sebab tak pernah kerja... hehe.. jauh perjalanan raya tahun ni... kami sekeluarga beraya di kelantan... tahun ni seronok sikit sebab dpt pegi rantau panjang... dpt bershoping2 menghabiskan duit raya... hehe.. nnti klau ada masa saya upload pic2 di sana... kpd kawan2, jemputlah dtg kerumah beraya... setiap hari open house... salam...
Sunday, September 6, 2009
BZ DAN EXAM....
assalamualaikum... dah setaun rasanye x update blog... firstly nk ucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Hari Raya Aidilfitri... sbnrnye malas+bz+exam.. hehe... skrg ni tgh final exam... pas ni saya dah tak wujud lagi kat KUIS tu... sedihnye... tp nak buat mcmane kan... tu la putaran kehidupan.. pasni kena mulakan hidup baru... InsyaAllah diJAKIM... seronok gak... doakan saya berjaya dunia akhirat ye...
Saturday, June 21, 2008
KENAPA YURAN MEREKA BEGITU?
semalam, semasa dalam UTUSAN YAHOO seorang kawan saya saudagar garam blogger menanyakan pendapat saya..
SOALANNYA...
KENAPA YURAN IPTS TERLALU TINGGI??
dan dengan segera kepala otak kurniaan Tuhan ini bergerak ligat..bergerak pantas..macam masukkan SHELL yang kaler BIRU tu hah..hahahahhaaa...LIGAT..SERIUS.saya mencari satu demi satu dan kaji mana yang boleh dipertimbangkan dalam SENARAI MENGAPA YURAN IPTS TINGGI?
dan SERIBU SATU kemungkinan datang ke dalam otak saya ini..
antara sebab utamanya adalah kerana IPTS ini adalah kebanyakannya dibuka dengan berasaskan PERNIAGAAN..jadi tidak hairanlah sekiranya ia mengenakan BYARAN YURAN yang agak TINGGI berbanding IPTA..
kedua,kerana ketiadaan DANA dari kerajaan tempatan..bermakna segala biaya untuk PENGURUSAN, kerja PENYELENGGARAAN, dan segala kerja PENGINAPAN dan segalanya perlu dijalankan oleh pihak IPTS itu sendiri..wang itu datangnya dari POKET PELAJAR ITU SENDIRI..
ketiga,kerana mereka mengambil tenaga pengajar dari LUAR NEGARA..adakah TENAGA PENGAJAR dari MALAYSIA tiada kepakaran?bukan..
ini adalah kerana mereka mahukan kawalan MINDA dalam otak orang KITA yang selalu mengatakan bahawa ORANG BARAT sentiasa jauh lebih HEBAT dari kita.
demi IMEJ,mereka mengambil PAKAR dari BARAT ini kerana mahukan IMEJ bahawa orang BARAT INI HEBAT..jauh lebih HEBAT dari warga kita sendiri..
hasilnya??
PAKAR ini meminta gaji dengan berkadaran dengan TRANSFER RATE ke negara mereka..
dan IPTS ini terpaksa membayar PAKAR ini kadangkala $ kali ganda HARGA BIASA mereka kerana berikutan EXCHANGE RATE kadar matawang MALAYSIA..
so....
masih lagi persoalkan kenapa YURAN IPTS LEBIH TINGGI?

Subscribe to:
Posts (Atom)