Malaysia..
Manusia..
dan Filem..
Entri kali ini berkait dengan tiga kata kunci diatas.Malaysia, negara kelahiran saya..Manusia,adalah diri saya dan anda sekalian pembaca..dan Filem, satu yang saya gemar.
apa persamaan yang cuba dikaitkan dari tiga entiti ini?
dari apa yang saya sering lihat,manusia di Malaysia,banyak belajar dari filem..semuanya mahu menjadi watak dalam filem yang mereka tonton..
contohnya,selepas menonton filem James Bond,mereka khayal merasakan diri mahu menjadi pengintip ulung..
..kononnya.
kadangkala mereka lupa,diri mereka ada yang lebih best dari James Bond pon..silap2 James Bond pon tak sanggup jadi cam mereka..
contohnya..
saya pernah menonton satu wayang gambar bersama seorang rakan..cerita lama Indianai Jones..
tajuknya entah..saya sendiri dah tak ingat..
semasa menonton filem itu,kawan saya yang seorang ini,cukup teruja melihat watak utama,si Indiana Jones tu meredah paya..berlawan dgn ular..dengan kala jengking..dikejar puak native pulau..idup penuh dengan keadaan bahaya.
kena tembak sana..kena kejar sini..ular kat sana..jengking kat sini..
member saya tu kata..
"waaaaa.....bestnya jadi cam indiana jones ni..adventurous idup dia..buat macam2 yang kita tak boleh buat kan?"
saya mengiakan sahaja..saya bukanlah peminat utama filem itu,sekadar menemankan sahaja sahabat tadi tu..
esoknya,ketika dalam ofis..ntah kenapa,air cond syarikat kami tu ada masalah.
panas tak ingat..aduhhh....dengan cuaca kat Malaysia plak lagi..memang panas..
sudahlah kipas tak ada..
dan tahukah anda siapa paling kuat bersungut pada hari itu?
kawan kita semalam tu..
apa dia kata?
"ni apa punya kompeni ntah..air cond pon masalah..suruh staff dia keja dalam panas camni..tak selesa langsung..camni ke nak staff dia tingkatkan produktiviti apa semua tu??hah....bla..bla..bla..pot..pet..pot..pet..bla..bla..bla..pot..pet..pot..pet"
saya?saya sekali lagi mengiakan sahaja..
dan sekali tertanya juga dalam hati..
"baru aircond rosak satu hari,dah complaint macam macam..still kata nak adventurous macam indiana jones?"
keja dalam pejabat tanpa air cond di Malaysia..tak cukup adventurous ke tu?
indiana jones pun tak tentu sanggup tau..
kadangkala kita lebih hebat dari mamat dalam filem tu..cuma takde kamera amek gambar kita je..
Friday, May 23, 2008
Friday, May 16, 2008
HappY TeAcHer'S DaY

Setiap 16 Mei, seluruh Malaysia akan menyambut hari Guru tapi apakah maksud hari Guru yang disambut itu? Masa saya sekolah dulu, setiap 16 Mei, ada je hadiah yang akan saya berikan kepada Guru-Guru saya.. Tujuannya cuma 1.. untuk menghargai jasa Guru yang telah mendidik saya.. Berapa harganya itu tidak penting tapi yang penting berapa besar nilai menghargainya.. Betapa besarnya pahala seorang Guru yang mencurahkan ilmu.. Menyampaikan ilmu yang dimiliki.. Menurut nenek saya, zaman dulu berbeza dengan zaman sekarang.. Kalau dulu anak murid takut dengan Guru tetapi sekarang tidak lagi.. Kalau dulu Guru boleh memukul anak muridnya yang nakal asalkan tidak melampau.. Itu adalah untuk mendidik.. Tetapi zaman sekarang ni, pantang kena sentuh sikit, balik rumah terus report kat mak ayah.. Yang mak ayah ni datang la serang Guru kat sekolah, silap-silap siap datang rumah.. Dia tak tahu yang anak dia tu jahat macam Hantu Pontianak.. hehe.. Zaman sekarang tugas mendidik anak-anak diberikan sepenuhnya pada Guru sedangkan itu bukan tanggungjawab Guru.. Ibu bapa langsung tidak memikir yang anak tu anak dia, bukan anak Guru tu.. Mereka sepatutnya mengawasi anak-anak mereka sendiri.. Pendidikan awal anak-anak bermula dari rumah.. Bukan menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab tersebut pada Guru di sekolah.. Kerana sikap ibu bapa seperti ini lah yang menjadikan anak-anak zaman sekarang semakin kurang ajar dan biadab dengan orang lebih tua malahan dengan rakan sebaya pun langsung tiada sikap hormat-menghormati.. Bersama-samalah ibu bapa memikul tanggungjawab mendidik anak-anak bersama Guru yang membantu agar menjadi manusia yang berguna.. SELAMAT HARU GURU UNTUK SEMUA GURU-GURU YANG TELAH MENDIDIK SAYA DI SEKOLAH KEBANGSAAN DAN MENENGAH TAMAN UNIVERSITI.. JASAMU TETAP KUINGATI..
Thursday, May 8, 2008
SeLaMaT HaRi iBu

Ibu adalah segala-galanya buat kita..Betapa seronoknya bila ibu sentiasa bersama kita semasa kita susah atau senang.. Ibu sanggup berkorban apa sahaja demi anak-anaknya.. Jika disebut soal ibu, saya sendiri berasa sangat bahagia kerana kami adik beradik memang rapat dengan ibu.. Kami memanggil ibu dengan panggilan 'MOTHER'.. Sesiapa yang mendengar pasti akan tergelak dan tidak mempercayainya.. Dari kecil lagi saya dibesarkan oleh nenek tetapi itu bukan alasan untuk saya tidak menghormati ibu.. Bagi saya kasih sayang untuk ibu dan nenek adalah sama dan tiada tandingannya.. Setiap hari pasti mereka akan menelefon kerana terlalu risau keadaan saya di kolej.. Nenek yang paling nampak ketara kerisauannya.. Naluri keibuannya masih terserlah walaupun anak-anaknya sudah berkahwin.. Kini dia mencurahkan kasih untuk cucu pula.. Bila saya pulang, ada sahaja buah tangan yang diberikan.. Mereka terlalu istimewa dimata saya. Betapa susahnya berada jauh dari ibu.. Segala-galanya seperti kosong.. Kadangkala saya menjadi sedih apabila ada rakan-rakan yang menyatakan sudah tidak mempunyai ibu.. Saya masih belum bersedia menerima semua itu kerana saya masih belum mampu berdiri sepenuhnya diatas kaki sendiri.. Setiap kali ada orang mengatakan yang buruk-buruk tentang ibu, saya pasti menjadi terlalu marah walaupun perkara itu benar.. Saya tidak sanggup untuk mendengar keburukan ibu.. Pada saya ibu terlalu PERFECT dimata sendiri.. Saya terlalu RINDU kan ibu.. Walaupun baru jumpa tetapi sifat rindu itu sentiasa ada.. Saya terlalu berharap ibu dapat melihat kejayaan anak-anaknya membesar di depan mata sendiri.. Setiap ibu pasti akan mendoakan kejayaan anak-anaknya.. Tetapi kenapa anak-anak selalu melupakan jasa dan pengorbanan ibu.. Kerana itu pepatah melayu selalu menyebut, 'Seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak tetapi mengapa 10 orang anak itu tidak mampu menjaga seorang ibu apatah lagi menjaga HATI ibu.. Renung-renungkanlah.. Semoga ianya memberi satu kesedaran tentang pentingnya seorang ibu yang telah melahirkan kita.. SELAMAT HARI IBU UNTUK SEMUA IBU-IBU DISELURUH DUNIA.. Sesungguhnya dirimu terlalu mulia..
Subscribe to:
Posts (Atom)

