Saturday, June 21, 2008

KENAPA YURAN MEREKA BEGITU?

semalam, semasa dalam UTUSAN YAHOO seorang kawan saya saudagar garam blogger menanyakan pendapat saya..
SOALANNYA...

KENAPA YURAN IPTS TERLALU TINGGI??

dan dengan segera kepala otak kurniaan Tuhan ini bergerak ligat..bergerak pantas..macam masukkan SHELL yang kaler BIRU tu hah..hahahahhaaa...LIGAT..SERIUS.saya mencari satu demi satu dan kaji mana yang boleh dipertimbangkan dalam SENARAI MENGAPA YURAN IPTS TINGGI?

dan SERIBU SATU kemungkinan datang ke dalam otak saya ini..

antara sebab utamanya adalah kerana IPTS ini adalah kebanyakannya dibuka dengan berasaskan PERNIAGAAN..jadi tidak hairanlah sekiranya ia mengenakan BYARAN YURAN yang agak TINGGI berbanding IPTA..

kedua,kerana ketiadaan DANA dari kerajaan tempatan..bermakna segala biaya untuk PENGURUSAN, kerja PENYELENGGARAAN, dan segala kerja PENGINAPAN dan segalanya perlu dijalankan oleh pihak IPTS itu sendiri..wang itu datangnya dari POKET PELAJAR ITU SENDIRI..

ketiga,kerana mereka mengambil tenaga pengajar dari LUAR NEGARA..adakah TENAGA PENGAJAR dari MALAYSIA tiada kepakaran?bukan..
ini adalah kerana mereka mahukan kawalan MINDA dalam otak orang KITA yang selalu mengatakan bahawa ORANG BARAT sentiasa jauh lebih HEBAT dari kita.

demi IMEJ,mereka mengambil PAKAR dari BARAT ini kerana mahukan IMEJ bahawa orang BARAT INI HEBAT..jauh lebih HEBAT dari warga kita sendiri..

hasilnya??
PAKAR ini meminta gaji dengan berkadaran dengan TRANSFER RATE ke negara mereka..
dan IPTS ini terpaksa membayar PAKAR ini kadangkala $ kali ganda HARGA BIASA mereka kerana berikutan EXCHANGE RATE kadar matawang MALAYSIA..



so....



masih lagi persoalkan kenapa YURAN IPTS LEBIH TINGGI?

Sunday, June 1, 2008

KAYA

Dulu,saya belajar satu perkataan..

KAYA..

definasinya??saya pun dulu kurang pasti..kemudian sorang pakcik saya ni,yang diwar warkan kaya.
saya nampak sorang pakcik ni..gayanya boleh dikatakan berada jugaklah..

dia menunjukkan sesuatu..

orang KAYA,perlu ada PETI AIS..
baru boleh minum air sejuk masa balik sekolah tengah hari nanti..
minum air sejuk masa tengah hari panas2 tu..
Waaaaa...NIKMAT.



itulah definasi kaya..
..kononnya.

tidak lama kemudian,ayah membeli sebuah PETI AIS setelah dia dinaikkan PANGKAT dalam kerjanya.saya terSENYUM..BESTNYA ada PETI AIS..

tapi..kenapa tak rasa KAYA pun?

maybe saya salah..

dan tetiba,definasi KAYA tu berubah..pada saya kemudiannya,KAYA perlulah ada KERETA PROTON SAGA kaler MERAH tu dulu..BARULAH KAYA..

lepas ayah dapat BONUS KERJA GOMEN ,dia beli KERETA PROTON SAGE KALER MERAH macam yang orang KAYA tu selalu ada..

bestnya ada keta tu..
dah tak payah saya JALAN KAKI lagi..dah tak payah TUMPANG PAK SEMAN nak pegi SEKOLAH..
dah tak payah BERPANAS BERHUJAN bawa PAYUNG..

dah pulak tu,siap ada AIR COND..
dan pulak lagi,dah siap ada RADIO..boleh saya DENGAR LAGU M.NASIR dalam kereta tu nanti.


tapi saya tak rasa macam KAYA pun??
KENAPA??



ketika itu juga definasi kaya berubah dari mata saya..KAYA bermakna tinggal di RUMAH TERES di KAWASAN PERUMAHAN..

barulah rasa KAYA..barulah rasa BEST..
betul tak?

kemudian KAMI sekeluarga berpindah setelah AYAH dinaikkan PANGKAT dan KAMI TINGGAL DI RUMAH TERES DI KAWASAN TAMAN PERUMAHAN..

bestnya ramai kawan..
boleh main kejar kejar masa time PETANG..
BESTNYAAAA....hehehehehe...

tapi,entah kenapa,tetap tak rasa macam KAYA..




kemudian saya belajar satu PERKATAAN BARU..
namanya..


BERSYUKUR..