Monday, April 28, 2008

siFaT ceMbuRu meMakaN diRi seNdiRi

Cemburu atau dalam englishnya disebut Jealous.. Memang susah nak cerita pasal cemburu ni kerana saya sendiri mempunyai masalah ini. Malahan saya boleh klasifikasikan masalah cemburu saya ni sebagai cemburu yang melampau.. Saya jadi tertarik untuk meluahkan tentang sifat ni kerana ingin mengubah diri sendiri.. Saya pernah terbaca tentang cemburu pertama yang berlaku iaitu cemburu Iblis kepada Nabi Adam. Apabila Allah menyuruh Iblis sujud pada Nabi Adam, Iblis enggan. Iblis merasakan dirinya lebih hebat dari Nabi Adam. Iblis cemburu kerana Allah memberikan penghormatan yang begitu tinggi kepada Nabi Adam. Akibatnya, Iblis dicampak keluar dari syurga dan kini tempat tinggal abadinya adalah di dalam neraka. Ataupun sifat cemburu antara Habil dan Qabil.. Qabil tidak puas hati dengan Habil kerana Habil akan dinikahkan dengan Iqlima (saudara kembar Qabil) dan akhirnya akibat sifat tersebut, berlakulah pembunuhan saudara sendiri..

Saya mengingatkan diri agar tidak terlalu bersifat cemburu kerana cemburu yang melampau akan memakan diri sendiri.. Cemburu yang baik pernah saya rasai ialah cemburu kepada rakan-rakan lain yang jauh lebih hebat dari saya dalam pembelajaran. Ketika itu timbul sifat ingin melebihinya dalam setiap perkara sewaktu belajar. Saya tidak mahu sehingga timbul sifat hasad dengki kerana itu adalah sifat yang dilaknat ALLAH. Oleh itu saya berfikir sejenak, kadangkala kita perlu mempunyai sifat cemburu untuk kebaikan diri sendiri.

Saya juga pernah mendegar kisah cemburu yang diceritakan oleh ustazah waktu sekolah dulu.. Ustazah mnceritakan yang terdapat juga jiran yang cemburukan keluarganya kerana dia mempunyai anak yang berjaya hingga ke menara gading dan mempunyai harta yang boleh dikatakan kaya la juga.. Jirannya yang hidup sederhana itu terlalu cemburu sehingga timbul sifat hasad dengki.. Sehinggakan jirannya mampu membuat apa sahaja asalkan dapat melebihi segala yang ada pada keluarganya.. Disini saya bukan mahu membuka aib orang lain tapi ingin berkongsi masalah cemburu yang melampau di dalam masyarakat kita sendiri. Manusia memang tidak dinafikan mempunyai sifat tersebut tetapi yang membezakannya adalah IMAN yang terdapat dalam diri seseorang Muslim.

Cemburu yang melampau adalah hasutan dari syaitan laknatullah.. Oleh itu, cara yang saya lakukan untuk mengatasinya ialah debgan beristigfar apabila terdetik perasaan tersebut. Saya juga cuba untuk muhasabah diri dan menilai keburukan apabila saya bersifat begitu. Kadangkala kita juga boleh kehilangan sahabat-sahabat akibat terlalu cemburu..

Oleh itu mulai sekarang saya ingin mengubah sikap tersebut dan sekaligus ingin menjadi insan yang bebas dari unsur cemburu yang melampau.. Hidup hanya sementara ini harap dapat digunakan dengan sebaik mungkin dan membantu kita untuk bertemu ALLAH pada suatu hari nanti.. Harapan saya terlalu tinggi untuk mengubahnya kearah yang lebih baik dan diharap dapat bantuan dari teman-teman.. Syukran..

No comments: